Karier kelab Kurt Zouma

Saint-Étienne

Dilahirkan di Lyon, Zouma telah bermain untuk Saint-Étienne sejak tahun 2009. Pada 2 April 2011, Zouma menandatangani kontrak professional pertamanya dan bersetuju dengan perjanjian tiga tahun.[2] Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke pasukan senior oleh pengurus, Christophe Galtier menjelang musim 2011-12. Zouma membuat penampilan professional pertamanya pada 31 Ogos 2011 ketika perlawanan Coupe de la Ligue menentang Bordeaux. Beliau bermain keseluruhan perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3–1 kelabnya.[3]

Pada 7 November 2013, Zouma telah digantung was 10 perlawanan seleps kekasaran ke atas pemain Sochaux, Thomas Guerbert yang menyebabkan kaki kanannya patah dan buku lalinya terkehel.[4]

Chelsea

Pada 31 Januari 2014, Zouma menyertai Chelsea dengan yuran dipercayai sekitar £12 juta (€14.6 juta). Beliu kekal di Saint-Étienne secara pinjaman untuk baki musim 2013–14.

Zouma pertama kali bermain untuk Chelsea sebagai pemain pertukaran ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Wycombe Wanderers. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika perlawanan persahabatan menentang Olimpija yang berakhir dengan kemenangan 2–1, pada 27 Julai 2014.[5] Beliau telah diberi jersi nombor 5, yang sebelum ini dipakai oleh Michael Essien.[6]

Pada 24 September, Zouma membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk Chelsea, ketika kemenangan 2–1 menentang Bolton Wanderers semasa pusingan ketiga Piala Liga.[7]

Rujukan

WikiPedia: Kurt Zouma http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2014/07/... http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2014/08/... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.footransferts.com/index.php/2011/04/kur... http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/159319/ku... http://www.goal.com/en/news/90/france/2013/11/07/4... http://www.premierleague.com/content/dam/premierle... http://uk.soccerway.com/players/kurt-zouma/162511/ http://www.asse.fr/index.php?page=detail_joueur&id... http://new.lfp.fr/coupeLigue/feuille_match/75397